PERLEMBAGAAN
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Kerteh
FASAL 1 NAMA
Pertubuhan ini dikenali dengan nama
”ALUMNI SEMEKAR”
Selepas ini disebut
“Pertubuhan”.
FASAL 2 ALAMAT
(1)
Alamat dan tempat urusan pertubuhan ialah
Sekolah Menengah Kebangsaan Kerteh (SMK
KERTEH),
Jalan Ilmu 24300 Kerteh , Kemaman,
Terengganu Darul Iman
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan
dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; dan alamat untuk surat menyurat adalah
Sekolah Menengah Kebangsaan Kerteh (SMK
KERTEH),
Jalan Ilmu 24300 Kerteh , Kemaman,
Terengganu Darul Iman
(2) Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan
tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
1. Bertukar-tukar fikiran dan mendapat maklumat terkini berkenaan
perkembangan Alumni SMKHK.
2. Merapatkan hubungan sillaturahim dan muhibah di antara semua
bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kerteh serta pentadbiran
sekolah yang ada sekarang dengan cara mengadakan majlis-majlis perjumpaan,
seminar, bengkel, permainan, sukan, lawatan sambil belajar dan lain-lain.
3. Bersa ma-sama dengan pentadbiran sekolah memikirkan usaha-usaha
mencapai kecemerlangan Sahsiah, Akademik dan Ko-Kurikulum Sekolah Menengah
Kebangsaan Kerteh.
4. Memberikan ruang kepada warga Alumni SEMEKAR untuk melakukan
aktiviti bersama
5. antara ahli.
6. Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam
nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
7. Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan
warga Alumni Semekar sekaligus dapat mewujudkan ikatan kepasukanan yang kuat
(1)
Keahlian
pertubuhan adalah seperti berikut;
a) Ahli Biasa
·
Kewarganegara: Malaysia
·
Umur minima : 19 tahun ke atas dan pernah pelajar
di SMK Kerteh
·
Tinggal di sekitar
kawasan sekolah, kerteh, terengganu dan malaysia.
·
Keturunan/Bangsa : Melayu
·
Jantina : Lelaki dan Perempuan
·
Agama : Islam dan lain-lain
·
pelbgai keturunan
·
samaada masih melanjutkan
pelajaran ataupuntelah bekerja
b)
Ahli Bersekutu terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi
kriteria ahli biasa. Ahli Bersekutu tidak dibenarkan memegang jawatan atau
mengundi.
c)
Ahli Kehormat terdiri daripada mereka yang berjasa kepada
masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada kejayaan pertubuhan.
d)
Ahli Seumur Hidup terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar
yuran seumur hidup.
e)
Ahli Remaja terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun
ke bawah. Mereka perlu mendapatkan surat
kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah di sisi
undang-undang dan daripada pihak sekolah jika berkenaan. Mereka tidak boleh mengundi atau memegang
jawatan dalam pertubuhan.
(2)
Tiap-tiap
permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan
dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan
secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya
menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
(3)
Tiap-tiap pemohon
yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah
setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan
diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
Sumber
kewangan pertubuhan ini adalah daripada:
(1)
Bayaran
masuk: (RM
.......................... Diikuti dalam perkataan)
(2)
Yuran:
a)
(Yuran
bulanan/tahunan/seumur hidup) (RM
.................... Diikuti dalam perkataan)
b)
(Yuran
bulanan/tahunan/seumur hidup) hendaklah
dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh ............... hari
dari awal tiap-tiap (bulan/tahun)
c)
Ahli yang
membiarkan hutang yurannya lebih daripada ...... (bulan/tahun) akan menerima surat peringatan yang
ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya
sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
d)
Ahli yang
membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi .....(bulan/tahun) dengan sendirinya terhenti daripada menjadi
ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah
diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah
menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
e)
Jawatankuasa
mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah
membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
f)
Yuran khas atau
kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut
dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli.
Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam
tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang
yuran bulanan.
(3) Sumbangan
Pertubuhan ini
dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam apa-apa bentuk dan sumbangan yang
diterima hendaklah diisytiharkan di dalam Penyata Tahunan Pertubuhan.
(4) Kutipan Derma
Pertubuhan boleh
membuat kutipan derma dari orang ramai dengan syarat pengesahan daripada
Pendaftar Pertubuhan dan kebenaran daripada pihak berkuasa berkenaan diperolehi
terlebih dahulu.
(5)
Perniagaan
Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli,
melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih dan lain-lain kegiatan
ekonomi. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini akan
digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan
Pertubuhan dan tiada sebahagian pun daripada wang atau keuntungan tersebut
boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana
ahlinya. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran
yang di buat dengan tujuan baik seperti untuk membayar gaji atau perbelanjaan
atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Pertubuhan ini.
(1)
Ahli yang hendak berhenti daripada
menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis …… minggu terlebih dahulu kepada
Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
(2)
Mana-mana ahli
yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang
akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya
bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung
keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi
pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang
untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu
hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan
keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
(1)
Pengelolaan
Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua ½ daripada
jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa,
mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi
mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
(2)
Jika korum tidak
cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh tidak
lebih daripada 30 hari yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak
cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat
yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan
mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan.
(3)
Mesyuarat Agung
Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah
berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh,
masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah:
(a)
menerima laporan
Jawatankuasa berkenaan perjalanan pertubuhan di dalam tahun lalu;
(b)
menerima laporan
Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;
(c)
memilih ahli-ahli
Jawatankuasa dan melantik pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan datang; dan
(d)
menguruskan
perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
(4)
Setiausaha
hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum
Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan
peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun
lalu yang telah diaudit. Salinan
surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat
tempat urusan Pertubuhan.
(5)
Mesyuarat Agung
Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
(a)
bila difikirkan
mustahak oleh Jawatankuasa; atau
(b)
atas permintaan
beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima 1/5 dari
jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab
mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.
(6)
Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh
ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari
tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
(7)
Pengumuman dan
agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha
kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah
ditetapkan untuk bermesyuarat.
(8)
Fasal 7(1) dan
7(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung
Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika
korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan
bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat
tersebut hendaklah dibatalkan
dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini,
Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama
tidaklah boleh diadakan.
(9)
Setiausaha
hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit tiap-tiap
Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang
boleh setelah selesainya mesyuarat itu.
(1)
Satu Jawatankuasa seperti berikut yang
dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung
Tahunan.
(2)
Pemegang-pemegang
jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif
dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
(3)
Nama-nama untuk
jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan
dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
Semua pegawai boleh dipilih semula tiap-tiap tahun.
(4)
Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan
mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas
perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah
ditetapkan oleh mesyuarat agung.
Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang
bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu
berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan
mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah
mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap
Mesyuarat Agung Tahunan
(5) Jawatankuasa
hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah
diberikan kepada ahli jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan
bersendirian atau tidak kurang daripada .....orang ahli Jawatankuasa
bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada
bila-bila masa. Sekurang-kurangnya
setengah (½) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi
mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
(6) Jika timbul perkara mustahak yang
berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat
diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli jawatankuasa
secara pengedaran surat pekeliling.
Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum
keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:
(a)
Masalah yang
dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling
yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
(b)
Sekurang-kurangnya
setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan
atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan
(c)
Keputusan
hendaklah dengan undi yang terbanyak.
Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah
dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk
disahkan dan dicatatkan di dalam minit mesyuarat.
(7) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri
mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan
akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.
(8) Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal
dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di
dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan
itu. Jika calon yang sedemikian tidak
ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang
lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
(9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada
Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan
melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan
jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan,
curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana
sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
(10)
Jawatankuasa boleh
menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan
khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
(11)
Jawatankuasa sebelumnya hendaklah menyerahkan semua dokumen yang
berkaitan dengan Pertubuhan kepada Jawatankuasa yang baru dipilih, namun masih
dipertanggungjawabkan jika ada kesilapan, kerosakan, dan kehilangan semua rekod
atau dokumen tersebut.
AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN ALUMNI SEMEKAR 2016/2017
YANG DIPERTUA (YDP):En. Mohd Nazri Bin
Salleh
NAIB YANG DIPERTUA (NYDP): En. Mohamad Syarzwan Bin
Mohd Kamal
SETIAUSAHA AGUNG: En. Mazlan Bin Chik
SETIAUSAHA AGUNG II: Pn. Rosmidar Bt Mokhtar
BENDAHARI KEHORMAT: Tn. Haji Tarmizi Bin Ramli
BENDAHARI KEHORMAT II: Cik Fadhilah Nasuhah Bt Harun
BARISAN BIRO-BIRO
BIRO PEMBANGUNAN
👉🏻 Dr. Nurul Izzah Bt Mustafa
👉🏻 En. Akhbal Qamas Bin Abdul Basir
BIRO PENERANGAN & KOMUNIKASI
👉🏻 En. Azra Muqaffa Bin Abdullah
👉🏻 Cik Nur Aimi Atiqah Bt Zainudin
BIRO AKADEMIK & MOTIVASI
👉🏻 Cik Siti Fatimah Nor Bt Idris
👉🏻 Dr. Nurfadhilah Bt Ab Rani
BIRO EKONOMI & PENAJAAN
👉🏻 Tuan Syarifah Zuraimi Bt Tuan Long
👉🏻 En. Mohamad Shahiran Bin Alias
BIRO KEBAJIKAN
👉🏻 Pn. Salmah Bt Mat Lazim
👉🏻 Pn. Zainab Bt Abu Bakar
BIRO MEDIA & PUBLISITI
👉🏻 En. Muhamad Zulhilmi Bin Muhamad
👉🏻 Cik Nur Aishah Balqis Bt Mohd Hilmy
BIRO SUKAN & REKREASI
👉🏻 En. Al Akraf Bin Mohd Kamal
👉🏻 En. Muhammad Badrul Zaman Bin Che Mahadi
BIRO KESENIAN & KEBUDAYAAN
👉🏻 Cik Nur Amalina Inani Bt Mat Noor
👉🏻 Cik Nur Aimi Atiqah Bt Zakria
BIRO LOGISTIK
👉🏻 En. Mohd Ikhwan Bin Mohd Rapi
👉🏻 En. Muhammad Haziq Bin Rizal
BIRO KEAGAMAAN
👉🏻 Cik Puteri Nur Ain Bt Zulkarnain
👉🏻 En. Engku Shahril Amri Bin Awalludin Ahmad
BIRO TUGAS-TUGAS KHAS
👉🏻 Pn. Nurul Hidayah Bt Anuar
👉🏻 Pn. Aslyna Bt Abdul Ghani
BIRO PENERBITAN & MAJALAH
👉🏻 En. Muhammad Faiz Bin Rafezin
👉🏻 En. Muhamad Azri Bin Alias
BIRO PROTOKOL & SAMBUTAN
👉🏻 Pn. Norhaslinda Bt Mohd Hussin
👉🏻 En Zamri Bin Mohamad
EXCO KEHORMAT
👉🏻 En. Usamah Bin Musa
👉🏻 Pn. Suhada Bt Azid
(1)
Pengerusi, dalam
tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung
dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai
undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah
diluluskan.
(2)
Naib Pengerusi
hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
(3)
Setiausaha
hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan
hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan
surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen pertubuhan, kecuali buku-buku
akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha
hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli
mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan,
pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap
ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua
mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.
Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung
Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar
Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan,
1966.
(4)
Penolong
Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan
memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
(5)
Bendahari adalah
bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira
berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.
(6)
Ahli Jawatankuasa
Biasa hendaklah menghadiri semua mesyuarat Pertubuhan dan membantu Jawatankuasa
dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.
(1)
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan
berikut dalam undang-undang ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk
perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah
belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan
kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa
kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu
tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan
hukuman oleh Mahkamah.
(2)
Bendahari
dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM ..........(diikuti dalam perkataan) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah
dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh
Jawatankuasa. Akaun bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.
(3)
Segala cek atau
kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani
bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau
Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai
pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.
(4)
Perbelanjaan
RM..........(diikuti dalam
perkataan) dan ke bawah bagi
sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari.
Perbelanjaan yang
lebih daripada RM..........(diikuti dalam
perkataan) bagi sesuatu masa
tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa.
Perbelanjaan yang
lebih daripada RM..........(diikuti dalam
perkataan) bagi sesuatu masa
tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.
(5)
Penyata kewangan
serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan
diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 11
undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan dan kunci kira-kira yang
telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung
Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di
tempat urusan Pertubuhan.
(6)
Tahun kewangan
Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember
tiap-tiap tahun.
(1)
Dua orang yang bukannya Pegawai
Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai
Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama satu
tahun dan boleh dilantik semula.
(2)
Juruaudit adalah
dikehendaki memeriksa penyata kewangan dan kunci kira-kira Pertubuhan bagi
setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa
oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan dan kunci kira-kira Pertubuhan bagi
mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada
Jawatankuasa.
(1) Harta yang tidak boleh dialih bagi
Pertubuhan hendaklah didaftar atas nama Pertubuhan dan segala surat cara yang
berkaitan dengan harta itu adalah sah dan berkuatkuasa seolah-olah suratcara
itu telah disempurnakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat bahawa
suratcara itu disempurnakan oleh tiga orang pemegang jawatan Pertubuhan ini
yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang ada pada masa
itu dan pelantikan mereka adalah disahkan oleh satu perakuan daripada Pendaftar
Pertubuhan dan dimeterikan dengan meteri Pertubuhan.
(2) Segala hak milik Pertubuhan tidak boleh
dijual, ditarik balik atau dipindah hak milik dengan tidak mendapat kelulusan
dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Pertubuhan.
(1)
Di antara
berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya
kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan
perkara-perkara yang tidak jelas di dalam undang-undang ini.
(2)
Kecuali
perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah
dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah
muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.
Jawatankuasa
boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi
Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu
menyatakan persetujuannya secara bertulis
(1)
Sebarang bentuk perjudian seperti yang
ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang dimainkan di
premis pertubuhan.
(2)
Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak
harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau
harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja
seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.
(3)
Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan
loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan
atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada
pihak berkuasa berkenaan.
(4)
“Faedah” seperti
yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh
diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
(5)
Persatuan penganut
tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat.
Undang-undang ini tidak
boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk pindaan kepada undang-undang
hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh
keputusan mesyuarat agung meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan
mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
(1)
Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara
sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada
jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil
khas kerananya.
(2)
Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan
secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan
yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal
hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung
berkenaan.
(3)
Permohonan
pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14
hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.

HURAIAN LAMBANG
·
Lambang Persatuan ini diilhamkan dari LENCANA SMK
Kerteh dengan sedikit ubah suai dan penambahan.
·
Perkataan ALUMNI SEMEKAR di sebelah kanan logo
sebgai simbol kemegahan persatuan.
·
Berlatar belakangkan lingkaran orbit Mewakili
nilai inovasi, kreativiti dan penerokaan yang menjadi asas kejayaan dan
kecemerlangan.
·
Lencana sekolah yang asal diletakan juga pada
logo Alumni sebagai mengekalkan identiti asala dan keaslian pertubuhan
persatuan.
·
Reka bentuk grafik empat orang manusia mengankat
tangan yang mewakili empat warna berbeza membawa erti semangat, jatidiri
ahli-ahli Persatuan untuk berkhidmat dan menabur bakti kepada warga SEMEKAR dan
penduduk setempat serta mencerminkan kata sepakat, toleransi dan kerjasama di
antara ahli-ahli Persatuan serta persefahaman dengan semua kelompok dalam
masyarakat untuk mencapai cita-cita bersama.
DEFINISI WARNA
·
Variasi warna orange pada lingkaran seakan orbit
membawa erti sebagai satu simbol pembgunan yang mampan sering sejalan dengan
kemodenisasi yang kian berkembang pesat dan dinamis.
·
Warna hijau membawa erti sebagai simbol kesesederhanaan,
kedamaian, dan kesuciaan dalam mencapai matlamat berlandaskan agama islam.
·
Warna merah membawa erti sebagai simbol
kekuatan, keberaniaan, perjuangan untuk mencapai sesuatu matlamat yang membawa
kearah kejayaan.
·
Warna biru membawa erti sebagai simbol keharmornian,
kelembutan, kerjasama, dan kecintaan terhadap kesepakatan serta jalinan ukhwan
antara ahli Alumni SEMEKAR.
·
Warna ungu membawa erti sebagai simbol kretiviti,
kelainan, dan keistimewaan dalam pendidikan, kebudayaan, kesukanan dan
kepimpinan.
·
Warna hitam pada tulisan dan berlatar belakang
warna kelabu membawa erti sebagai simbol kedamaian, ketenagan, kesederhanaan,
kedewasaan, profesionalisme dalam menjalankan visi dan misi.
REKA BENTUK LOGO
·
Reka bentuk yang dihasilkan secara
keseluruhannya menvisualkan satu pergerakan dari pelbagai arah yang sering
bergabung serta terus bergerak melintasi satu halangan dalam mencapai
kecemerlangan dan kegemilangan di peringkat global.
COGANKATA
·
Slogan rasmi bagi Pertubuhan ini ialah “ Alumni Kuat
SEMEKAR Hebat”
VISI
·
Kearah menjana iktan ukhwah serta menjana
semangat kekeluargaan dikalangan masyarkat cemerlang.
MISI
·
ALUMNI SEMEKAR sentiasa bersama membimbing generasi
muda, pihak sekolah dan masyarakat kearah kejayaan yang gemilang.
........................................ ............................
Pengerusi Aluni SEMEKAR Setiausaha Alumni SEMEKAR
Nama :
En Nazri Bin Salleh Nama : En
Mazlan Bin Chik
No comments:
Post a Comment