HURAIAN LAMBANG
- · Lambang Persatuan ini diilhamkan dari LENCANA SMK Kerteh dengan sedikit ubah suai dan penambahan.
- · Perkataan ALUMNI SEMEKAR di sebelah kanan logo sebgai simbol kemegahan persatuan.
- · Berlatar belakangkan lingkaran orbit Mewakili nilai inovasi, kreativiti dan penerokaan yang menjadi asas kejayaan dan kecemerlangan.
- · Lencana sekolah yang asal diletakan juga pada logo Alumni sebagai mengekalkan identiti asala dan keaslian pertubuhan persatuan.
- · Reka bentuk grafik empat orang manusia mengankat tangan yang mewakili empat warna berbeza membawa erti semangat, jatidiri ahli-ahli Persatuan untuk berkhidmat dan menabur bakti kepada warga SEMEKAR dan penduduk setempat serta mencerminkan kata sepakat, toleransi dan kerjasama di antara ahli-ahli Persatuan serta persefahaman dengan semua kelompok dalam masyarakat untuk mencapai cita-cita bersama.
DEFINISI WARNA
- · Variasi warna orange pada lingkaran seakan orbit membawa erti sebagai satu simbol pembgunan yang mampan sering sejalan dengan kemodenisasi yang kian berkembang pesat dan dinamis.
- · Warna hijau membawa erti sebagai simbol kesesederhanaan, kedamaian, dan kesuciaan dalam mencapai matlamat berlandaskan agama islam.
- · Warna merah membawa erti sebagai simbol kekuatan, keberaniaan, perjuangan untuk mencapai sesuatu matlamat yang membawa kearah kejayaan.
- · Warna biru membawa erti sebagai simbol keharmornian, kelembutan, kerjasama, dan kecintaan terhadap kesepakatan serta jalinan ukhwan antara ahli Alumni SEMEKAR.
- · Warna ungu membawa erti sebagai simbol kretiviti, kelainan, dan keistimewaan dalam pendidikan, kebudayaan, kesukanan dan kepimpinan.
- · Warna hitam pada tulisan dan berlatar belakang warna kelabu membawa erti sebagai simbol kedamaian, ketenagan, kesederhanaan, kedewasaan, profesionalisme dalam menjalankan visi dan misi.
REKA BENTUK LOGO
- · Reka bentuk yang dihasilkan secara keseluruhannya menvisualkan satu pergerakan dari pelbagai arah yang sering bergabung serta terus bergerak melintasi satu halangan dalam mencapai kecemerlangan dan kegemilangan di peringkat global.
COGANKATA
- · Slogan rasmi bagi Pertubuhan ini ialah “ Alumni Kuat SEMEKAR Hebat”
No comments:
Post a Comment