Sejarah Alumni




SEJARAH PENUBUHAN ALUMNI


kelab alumni ditubuhkan pada 31 oktober 2011 oleh ubk smk kerteh. Tujuan penubuhan kelab ini adalah untuk membantu pihak sekolah melaksanakan program motivasi kepada pelajar calon spm di samping berkongsi rahsia kejayaan pelajar ALUMNI.Sekolah Menengah Kebangsaan Kerteh (SEMEKAR) sedang mengumpulkan maklumat mengenai alumni (bekas pelajar) SEMEKAR sejak ia mula ditubuhkan pada tahun 1986.

Satu saluran perlu diwujudkan bagi memastikan pengalaman dan kepakaran pelajar-pelajar dapat digunakan untuk memajukan SEMEKAR. Selain itu, penubuhan alumni juga dapat mengumpulkan semula hampir keseluruhan bekas guru-guru dan pelajar-pelajar yang pernah mengajar dan menuntut ilmu di SMK KERTEH. Dengan ada aktiviti seperti ini mereka dapat bertukar-tukar fikiran dan idea untuk digarap bersama sebagai satu idea baru yang akan dapat digunakan sebagai satu langkah untuk membawa kebaikan kepada sekolah.



No comments:

Post a Comment